"Buang yang keruh, ambil yang jernih"...Satu pepatah Melayu yang penuh dengan makna yang tersirat.
Ada orang "buang yang keruh" tetapi masih terkenang-kenang dan tertenggek-tenggek di atas dahan-dahan negatif...Ada orang "buang yang keruh" dan benar-benar buang kerana merasa amat tertekan jika ingin terkenang-kenangkan detik-detik yang tidak elok.
Rukun Islam lima perkara. Rukun yang terakhir masih belum dapat disempurnakan kerana belum bersedia dari segi wang-ringgit dan kebersihan hati. Walaubagaimanapun, tak semestinya kita dah tunaikan kesemua rukun, kita jadi manusia yang perfect. Dah namanya manusia, kita sentiasa akan diuji. Diuji dari segi kesabaran, diuji dari segi persahabatan, diuji dari segi kekeluargaan, diuji dari segi nafsu, diuji dari segi kebahagiaan dan bermacam-macam ujian lagi...Aku juga manusia biasa. Aku juga melalui banyak ujian. Aku juga mempunyai banyak kesalahan. Aku pelajari dari kesalahanku dan ambil iktibar dari setiap apa yang berlaku. Semoga setiap ujian itu benar-benar mempunyai hikmah di sebaliknya, untuk menjadikanku seorang Muslimah yang lebih baik dari sekarang. Wallahu'a'laam.
No comments:
Post a Comment